Assalamualaikum.

Aku keseorangan.
Mungkin hanya perasaan aku.
Mungkin juga betul.

Kenapa aku keseorangan?
Aku sendiri tidak tahu apa dan dimana puncanya.

Mungkin aku melarikan diri daripada orang lain?
Mungkin orang lain yang melarikan diri daripada aku?
Ataupun mungkin hanya perasaan aku?

Jujur.
Aku benci bila keseorangan.
Bermacam macam perasaan akan timbul.
Sedih.
Kesal.
Konflik?

Kadang aku sendiri.
Termenung sendiri.
Memikirkan bermacam macam perkara.
Yang sebenarnya aku sendiri tak tahu perkara apa.

Tanpa aku sedari.
Air mata yang selalu menemani aku.
Disaat aku lemah.
Disaat aku jatuh.

Aku perlukan seseorang.

Seorang yang selalu ada untuk aku bila aku perlukan dia.
Seseorang yang memahami aku.
Seseorang yang ada tika aku senang dan susah.
Seseorang untuk aku meluahkan semuanya.
Seseorang yang sanggup meminjamkan bahunya untuk aku.

'Seseorang' itulah tempat untuk aku berkongsi dan meluahkan semuanya.
'Seseorang' itu jugalah yang boleh membuat aku tersenyum kembali.

Bukan tempat untuk aku menagih simpati.

Selain keluarga dan sahabat.
Aku juga masih perlukan kau.
Kau juga sudah menjadi separuh dari kehidupan aku.

Terima kasih kerana sudi menjadikan aku orang yang terpenting dalam hidup kau.
Walaupun aku tahu.
Keadaan sudah berubah.
Tapi layanan yang kau berikan tetap sama.

Walaupun kita kurang berhubung.
Kau masih ada disisi aku.
Aku hargai.

Aku sedar.
Hanya perasaan yang membuatkan aku keseorangan.
Sebenarnya aku masih ada kau dan lain lain.
Terima kasih sayang 

27/11/2013