Assalamualaikum

Kenapa aku jadi macam ni?

Selalu termenung.
Selalu bersedih.
Selalu murung.
Selalu bersendirian.

Dulu aku tak macam ni.
Dulu aku selalu ketawa riang.
Dulu aku selalu senyum.

Sedih?
Menangis?
Berduka?
Kecewa?

Rare.
Kalau aku kata aku sedang bersedih.
Ya memang itu yang aku maksudkan.
Aku sedih.

Kalau aku kata aku gembira semua ini terjadi?
Bohong.

Macam macam berlaku dalam masa yang sangat singkat.
Macam macam telah berubah.
Aku tak salahkan sesiapa.
Aku hanya salahkan diri aku seorang.

Kenapa aku berubah jadi sedemikian rupa?
Mana perginya diri aku yang dulu?

Dulu kemain lagi aku gembira.
Semakin bahagia katanya.
Setiap hari tersenyum.
Bangun dari tidur tersenyum.
Sebelum tidur tersenyum.
Meneruskan hari hari dengan senyuman.

Sekarang?

Sebelum tidur, menangis.
Bangun tidur, termenung.
Aku meneruskan hari hari aku seorang diri.

Mana yang lain?
Mereka ada bersama aku.
Cuma aku tak tahu kenapa aku masih berasa keseorangan.

Apa yang aku mahu sebenarnya ?

Aku mahukan kebahagiaan aku semula.
Aku mahukan keadaan seperti dulu.
Aku mahukan diri kau yang dulu.
Aku mahukan diri aku yang dulu.

Tapi aku tahu ianya mustahil.

Jadi.
Tolonglah.
Tolonglah kuat diriku.
Tolonglah bangkit semula.
Jangan terus jatuh begini.

Kau tahu?
Orang lain ketawa melihat kau begini.

Cuba menerima takdir.
Cuba menerima segalanya.
Lupakan semuanya.
Aku tahu diri aku kuat.
Kan?

Melihat orang lain bahagia, aku cemburu?
Melihat dia bahagia tanpa aku disisi, aku sakit hati?
Sedih?

Ya.

Tapi aku tahu.
Aku boleh lupakan semuanya.
Aku ada kekuatan diri untuk meneruskan semuanya.
Aku kuat.
Aku tabah.
Aku tidak lemah.

Bersabarlah wahai hati.
Kebahagiaan kau yang telah hancur akan hadir kembali dalam diri kau.
Sekarang bukan masa yang tepat untuk kau bergembira.
Sekarang adalah masa untuk kau bangun, dan mengejar cita cita kau.
Kau perlu kuat mengharugi semua ini.

Insyaallah.
Aku boleh.
Doakan aku.
Sahabat (':

28-11-2013