Assalamualaikum.

Kau tahu?

Disebabkan kau.
Banyak perasaan orang yang terguris.
Tanpa kau sedari?

Ramai yang :
Terluka.
Kecewa.
Sedih.

Kalau perasaan aku je tak apa.
Tapi melibatkan perasaan orang lain.
Aku tak sanggup.
Sungguh.

Kau tahu?

Disebabkan kau.
Aku jadi macam ni.
Aku terseksa.
Aku buntu.

Terseksa kenapa?
Nak buntu pun kenapa kan?

Kau.
Kau takkan faham apa yang aku rasa.
Kau takkan faham.
Kau bolehlah.

Kau senang untuk melupakan semuanya kan?
Kau suka macam ni kan?
Kau gembira buat keputusan macam ni kan?
Kau bangga buat aku bersedih kan?
Kau gembira diatas kesedihan aku kan?

Haha.
Taniah.

Aku tak salahkan kau seratus peratus.
Mungkin apa yang kau buat ni semuanya betul.
Aku tahu.
Semua ini ada hikmah yang tersendiri.

Aku cuma.
Cuma tak tahu apa yang aku kena buat.
Aku tak sekuat wanita yang lain.
Aku tak kuat macam yang kau sangkakan.
Aku tak pandai untuk hadapi semua ni.

Dan sampai sekarang.
Aku bingung.
Aku pelik.
Aku hairan.

Kenapa?

Kenapa aku masih tunggu kau?
Kenapa aku masih berharap dekat kau?
Kenapa aku masih cemburu?
Kenapa perlu aku tunggu kau?
Kenapa setiap perlakuan yang aku buat mesti aku terfikirkan kau?
Kenapa aku perlu menderita sebegini rupa?

Ohh cukuplah.
Aku tidak sanggup.
Makin aku lari.
Makin dekat.
Makin aku ingin melupakan.
Makin aku mengingati.

Kenapa? Kenapa?

Aku cuba untuk melupakan kau.
Aku cuba untuk melupakan semuanya yang telah berlaku.
Sudah aku pujuk hati ini.
Sudah aku paksa diri ini.
Untuk melupakan kau.
Tapi kenapa masih tak boleh?

Aaaah bodohnya aku.
Mesti kau tengah ketawa bukan?
Ketawa diatas kegagalan aku untuk melupakan kau?

Kau tunggu.
Suatu hari nanti.
Aku akan bangkit.
Dan mungkin pada masa itu.
Perasaan sayang berubah menjadi benci?
Mungkin.
Tapi aku rasa, tidak.

Untuk apa aku membenci orang yang telah membahagiakan aku?
Tak ada faedah barangkali.
Tapi aku cuba.
Cuba untuk melupakan kau.
Jangan risau.
Aku akan terus berusaha dan terus berusaha untuk pergi dari kehidupan kau.

Cuma aku harap.
Suatu hari nanti.
Disaat aku dah lupakan kau.
Aku dah lupakan segala galanya.
Jangan sesekali kau kembali.
Kejam bukan?
Kejam lagi apa yang kau buat terhadap diri aku.

Dan lagi satu.
Aku harap kau akan hargai wanita yang menggantikan tempat aku selepas ini.
Masa masih panjang bukan?
Terlalu banyak perkara yang belum aku capai.

Buat apa aku lemah?
Buat apa aku menangis semata mata untuk kau?
Untuk kau yang belum tentu halal untuk aku?
Untuk kau yang telah memperlakukan aku sebegini?

Tidak.
Aku tak boleh senang senang membazirkan air mata aku untuk orang lain.

Apa-apa pun.
Terima kasih untuk segala galanya.
Terima kasih untuk memori yang indah sewaktu kita bersama.
Terima kasih kerana telah menjadikan aku untuk berfikiran lebih matang.
Jangan risau.
Perasaan sayang ini tidak akan pudar.
Insyaallah.

Mungkin kita tak boleh bersama sekarang.
Tapi tidak mustahil.
Mana tahu kau jodoh aku bukan?
Hahaha
Hentikan.
Aku malas untuk memikirkan semua ini pada masa ini.



Terima kasih daun keladi aku ucapkan..


3-11-2013