Assalamualaikum

Allahuakbar.
Allah

Sekali lagi, aku tidak berdaya.
Jatuh tersungkur.
Terkulai lemah.
Tabahkan diri.
Untuk terus bangkit.
Melawan segala permainan perasaan.

Sekali lagi.
Bersedih disebabkan orang yang sama.
Dimana silapnya?
Apa salah aku?
Puncanya ?

Sekali lagi
Aku keseorangan
Mana sahabat aku?
Aku perlukan mereka diwaktu ini.
Aku ingin menangis teresak esak didalam pelukan mereka.

Tolonglah.
Aku hanya manusia biasa.
Aku juga punya perasaan gembira dan sedih.
Disaat ini.
Aku ingin mereka teman aku.
Menenangkan perasaan aku yang berombak ombak ini.

Hanya disini.
Dapat aku luahkan semuanya.
Walaupun dengan kata-kata.
Tapi aku benar benar maksudkannya.

Aku tak mampu untuk terus bersedih.
Kerana aku tahu.
Semua ini tak perlu.
Tapi semua ini, bukan aku yang minta.
Perasaan ini, sekali pun aku tak pernah minta.
Tapi Allah dah mengurniakan kepada aku, perasaan yang menakjubkan ini.

Apa yang terjadi.
Tidak sama sekali dengan apa yang aku harapkan.
Aku tak minta banyak.
Aku hanya perlu kau.
Kau terus berada disisi aku.
Memberi sokongan padu kepada aku.
Kerana kau.

Kekuatan aku.

Tapi aku perlu tahu.
Sampai bila aku harus kuat kerana kau?
Aku kena sedar.
Ramai lagi yang ada untuk aku.
Mungkin lebih baik dari kau?
Mungkin lah

Dan aku kena beringat ingat juga.
Sampai bila kau akan setia berada di sisi aku?
Memberi sokongan untuk aku kan?

Manusia datang dan pergi.