Assalamualaikum

Allah , aku tak tahu aku kenapa .

Kenapa bersedih?
Kenapa aku begitu mementingkan diri sendiri menahan air mata sedangkan pada saat ini air mata sedang berebut rebut hendak mengalir keluar dari kelopak mata aku ini.

Kenapa aku berpura pura ceria bila berhadapan dengan orang lain?
Kenapa aku sanggup berlakon menjadi diri orang lain untuk menutupi semua kesedihan dan kedukaan aku
Kenapa aku begitu kejam terhadap diri sendiri?

Allahuakbar.

Alhamdulillah Ya Allah. Walaupun aku masih tidak begitu sempurna menunaikan kewajipan aku tehadap Engkau, Engkau telah memakbulkan doa doa aku selama ini. Walaupun aku tak tahu kenapa aku sedikit berduka dan bersedih tapi jauh dalam sudut hati aku ini, aku bersyukur terhadap-Mu .

Akhirnya, kau telah bukakan pintu hati kami, untuk berubah. Alhamdulillah. Ampunkan segala dosa dosa kami di masa silam. Kekalkan perubahan kami ini Ya Allah. Bahagiakan dan jadikan cinta kami yang indah hingga Jannah Insyaallah.

Sikit demi sedikit, kau telah memperbaiki hubungan kami. Walaupun saat itu, aku bersedih meratapi keadaan ini, tapi sungguh, didalam diri aku, aku gembira sekali. Jauh gembira berbanding dahulu. Tapi kenapa air mata aku masih berdegil untuk mengalir ? Aku gembira dan bersyukur sekali dengan keadaan sekarang. Alhamdulillah. Tapi aku hairan, kenapa aku bersedih sedangkan aku sangat suka akan perubahan ini ?

Kenapa diri aku ini terasa sayu sekali. Aku rasa takut. Takut perubahan ini akan membuatkan persahabat kami begitu jauh. Takut untuk kehilangan dia untuk sekali lagi. Takut sekali. Aku sangat takut untuk kehilangan dia.Dia, separuh dari hidupku. Tapi aku tahu, ini adalah takdir yang telah Engkau tetapkan.Aku belajar untuk terima segalanya. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Sujud syukur pada Mu :')

Kun Fayakun