Assalamualaikum.
Alhamdulillah tahun baru telah muncul. Malah sudah masuk ke bulan yang baru, Februari.
Alhamdulillah aku masih hidup , bernafas seperti biasa.
Alhamdulillah aku masih punya kehidupan yang bahagia.
Alhamdulillah keluarga aku masih disisi aku.
Alhamdulillah aku masih ada Sahabat.
Insyaallah
Kalau aku masih dipanjangkan umur, tahun ini aku akan menduduki peperiksaan yang agak besar juga. Lebih mencabar dari sebelum ini. Walaupun ia bukan penentu sepenuhnya masa depan aku kelak, tapi aku tetap takut.
Tahun yang baru, aku punya azam yang baru walaupun aku tahu azam azam yang lepas masih belum aku tunaikan. Tapi semua manusia ingin berubah menjadi yang lebih baik bukan? Samalah seperti aku. Walaupun aku tahu, diri aku penuh bergelombang dengan dosa dan maksiat. Astaghfirullah. Setidak tidaknya aku masih berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Entah kenapa..
Makin lama, aku makin hilang fokus. Fokus untuk menunaikan tanggungjawab aku, fokus untuk berlajar didalam kelas. Aku semakin lalai. Makin lama aku semakin kuat bermain.Makin hilang fokus sehinggakan apa yang cikgu ajar dihadapan bagaikan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Aku tak tahu kenapa.
Setiap malam, sebelum tidur, aku tanam azam dan niat didalam hati, aku datang ke sekolah untuk menuntut ilmu. Tak ada sebab lain. Tapi setibanya aku disekolah, aku hilang semuanya. Aku tidak menumpukan sepenuhnya tumpuan aku semasa belajar. Serius, walaupun aku dah cuba tapi tak boleh. Kenapa ? Aku teringin nak tahu. Apa punca aku jadi macam ni.
Aku tak ada masalah jiwa. Aku tak ada masalah perasaan. Masalah bercinta ? Langsung tak ada. Mungkin. Tapi kenapa aku masih tak boleh tumpukan sepenuh perhatian ? Aku cuba berubah menjadi seorang pendiam tapi ..... aku tak boleh. Iyalah. Kau bayangkan, aku yang bertahun tahun hidup dengan sikap yang ceria dan peramah tiba tiba berubah menjadi pendiam ? Heh mana mungkin.
Aku takut.
Dengan sikap aku yang sekarang, masa depan aku akan gelap. Aku takut, ibu dan ayah akan kecewa dengan keputusan aku kelak. Macam mana hendak berubah menjadi yang lebih baik? Ya aku tahu, kalau aku nak berubah menjadi orang yang lebih baik, aku perlu rapat dengan orang yang lebih baik dari aku. Tapi, kawan aku semua baik baik, insyaallah. Mereka tak adalah yang terjebak dalam masalah masalah sosial ke apa. Tapi kita tak tahu kan apa yang Allah nak berikan pada kita kelak ? Insyaallah
Harapan aku, hanya satu.
- Aku ingin berjaya didunia dan akhirat
- Aku ingin naikkan nama ibu dan ayah, aku nak banggakan mereka
- Aku ingin cerahkan masa hadapan aku kelak
- Aku ingin menjadi muslimah yang baik dan menjaga akhlaknya
Okay aku tahu, itu dah lebih dari satu. Aku harap, aku boleh capai apa yang aku inginkan. Rapatkan lagi diri dengan Allah. Belajar lagi dengan lebih berusaha daripada sebelum. Abaikan masalah perasaan :')